Manakala teknik merakam foto itu boleh dipelbagaikan, apa lagi hari ini bermacam peralatan yang digunakan khusus memperbolehkan si jurufoto menghasilkan penampilan foto yang indah.
Selasa, 10 Januari 2023
KEINDAHAN ESTETIK
Kala hati terasa tenang melihat paparan foto yang menyegarkan. Apatah lagi andai lokasi foto tersebut berada di persekitaran kita, atau pernah kita kunjungi.
Ayuh kita paparkan sebahagian daripada koleksi foto indah di persekitaran kita.
Foto yang menarik tidak semestinya dirakam menggunakan kamera yang mahal. Dengan kamera ayau hand fon yang murah pun boleh menghasilkan sekeping foto yang menarik. Ini bergantung dengan objek, cahaya, sudut pandang, ketenangan dan sedikit kemahiran.
Apa yang penting foto yang dihasilkan hendaklah memiliki pelbagai ciri dan berbeza dengan rakaman jurukamera atau jurufoto yang lain.
Selain teknik dan peralatan, jurufoto juga aya yang mengambil jalan singkat dengan melakukan pelbagai teknik mengedit foto agar kelihatan terserlah dan menyamankan pemandangan.
Apapun tenknik dan cara, sebaiknya kita dapat mengabadikan keindahan alam sekitar dalam bentuk foto dan akan menjadi koleksi yang memiliki keistimemewaan tersendiri.
Ahad, 8 Januari 2023
INDAHNYA ALAM
PELAYARAN INDONESIA: Nunukan- Pare Pare - Makassar.
Pelayaran bermula di Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan. Biasanya kapal meninggalkan pelabuhan pada jam 7.00 malam. Pelayaran akan memakan masa 4 malam 3 hari. Umpama kita bertolak pada tanggal 3, maknanya pada awal pagi tanggal 6 kita akan tiba di Makassar.
Tambang untuk seorang sekitar 406 ribu Rupiah. Kadar tambang ini adakalanya naik dan turun mengikut musim perayaan contohnya. Kelas ekonomi Pelni (Pelayaran Indonesia) biasanya akan memberi ruang tidur berkumpulan di kabin yang disediakan dan kita juga bebas untuk tidur di dek kiri kanan kapal.
Makanan percuma akan diedarkan pada setiap kali waktu makan siang dan malam. Begitu juga sarapan pagi dan minum petang akan diberikan secara percuma atau gratis kata warga di sini.
Sepanjang pelayaran ini kita tidak akan bosan, walau pemandangan hanya dikelilingi lautan dan ombak. Hembusan angin dan pemandangan waktu awal pagi dan senja pasti mengamit rasa kerinduan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
Di atas kapal ada dua restoran, sebuah surau dan mini pawagam. Selain itu kita juga boleh berbelanja di toko-toko tersedia khasnya membeli cenderamata.
Selain dari menginap di kabin penumpang, sekitar 50 hingga 80 orang untuk satu ruang, kita juga boleh menyewa kamar. Untuk kamar ini kita kena berhubung dengan anak kapal sebaik berada di atas kapal dan jangan terkejut... sewanya agak mahal tapi berbaloi dengan layanan dan peralatan kamar yang tersedia.
Sabtu, 7 Januari 2023
LAMAN PHOTOGRAPHY- Jelajah MALAYSIA, BRUNEI, INDONESIA
Di Bandara Makassar |
Sebuah blog untuk perkongsian bersama. Ayuh abadikan foto kenangan anda bersama kami, Jangan biarkan kenangan anda berlalu begitu saja. Biasanya kenangan sukar untuk diulamng semula....
Selain itu, admin sendiri akan memaparkan beberapa keping photo, khususnya sepanjang jelajah negara jiran Indonesia, Brunei dan tempat menarik di Malaysia.
Catatan perjalanan berfoto ini sekurang-kurangnya dapat membantu para pelayar yang berhasrat untuk membuat lawatan atau perjalanan khasnya yang mencari tempat untuk beristirehat.
Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan. |
Langgan:
Catatan (Atom)
KEINDAHAN ESTETIK
Kala hati terasa tenang melihat paparan foto yang menyegarkan. Apatah lagi andai lokasi foto tersebut berada di persekitaran kita, atau pern...
-
Pelayaran bermula di Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan. Biasanya kapal meninggalkan pelabuhan pada jam 7.00 malam. Pelayaran akan memakan masa 4...
-
Di Bandara Makassar Sebuah blog untuk perkongsian bersama. Ayuh abadikan foto kenangan anda bersama kami, Jangan biarkan kenangan anda ber...
-
INDAHNYA ALAM Felda Anjung Teduh Lahad Datu Sabah Desa Polenga Watubangga Sulawesi Tenggara Desa Polinga Watubangga Pelabuhan Tawau Pelab...